Sepanyol dan The Big Five Sepanyol di Pertandingan Lagu Eurovision

Sejak Pertandingan Lagu Eurovision 1999, empat negara memiliki hak keistimewaan untuk mara ke pusingan akhir tanpa melepasi kelayakab dengan menghiraukan hasil perolehan nilai negara tersebut di pertandingan tahun sebelumnya.[3] Sepanyol bersama tiga negara lain memperoleh hak keistimewaan ini kerana empat negara tersebut ialah negara-negara dengan pendana terbesar kepada Kesatuan Penyiaran Eropah. Negara yang bergabung dalam The Big Four ialah United Kingdom, Jerman, Perancis, dan Sepanyol. Ketika Itali kembali bersaing pada tahun 2011, Itali juga mendapat hak keistimewaan yang sama sehingga istilah The Big Four pun berubah menjadi The Big Five.[4]